Kecewa
Written on June 20, 2008 – 10:15 pm | by radziahradzi
<< click to enlarge image
Aku frust sebab aku dapat Developing Solutions Scholarship sebanyak 25% dari usahasama University of Nottingham dan Commonwealth untuk kursus MSc. in Biological Photography and Imaging. Course ni memang mahal,
GBP 14925, tapi kalo dah tolak yg scholarship tu adalah dalam GBP 11193. Kalo convert duit kita memang mahal gilalah (+- RM 80 000), tak masuk tempat tinggal dan sara hidup lagi. Kalo nak pegi pakai duit sendiri memang tak mampulah. Sebab tu aku cuba mintak scholarship, dari tahun lepas, (aku dpt intake tahun lepas tapi aku postpone ke tahun ni sebab tak dpt duit), sampai dah deferred ke tahun ni.
Bila tahu aku dapat 25% scholar tu agak gembira lah jugak, sebab aku pikir mesti kene pergi sebab org dah kasik duit sikit. Aku harap-harap sangat dapat pinjaman MARA ni, sebab ni je satu-satu harapan, yang biasiswa lain semua tak dapat sebab course ni memang tak nampak kritikal, tapi sebenarnya ia perlu. Tapi untuk aku secure scholarship ni, aku kene kasik deposit untuk yuran tu GBP 1000 dalam mase 6 minggu dr tarikh surat, surat tu aku dapat pada 2 Jun 2008. So dalam lebih kurang minggu kedua bulan Julai la deadline aku untuk kasik GBP 1000 tu. Nak bayar tu memang ade duit, tapi kalo aku bayar, tapi aku tak dapat carik lagi 75% macamana aku nak pergi sana? burn la RM 7ribu kalo jadi camtu.
Pasal permohonan pinjaman MARA ni, aku hantar application aku dalam bulan April. Org MARA tu kata permohonan ni takde deadline….Ada lagi satu pinjaman yang khas untuk pelajar cemerlang, nama dia Pinjaman MARA Skim Pelajar Cemerlang. Aku terlepas apply yang ni, sebab dia tutup bulan 2, aku tak check mase tu sekali dah terlepas. Tapi org MARA tu ckp yang ni pun boleh apply, beza dia kalo SPC tu maybe nanti boleh bayar tak full, ikut la polisi macam mana nanti. Kalo pinjaman yang aku apply ni kene bayar full lah.
Pada 9 Jun 2008, aku pergi jumpa pegawai MARA ni, dia kata permohonan aku dalam proses. Aku cakap kat dia pasal situasi aku yang hanya ade 6 minggu untuk bayar deposit untuk kunci scholarship 25% tu…tapi dia ckp memang tak boleh buat apa, sebab boss-boss yang perlu ade untuk tentukan tentang biasiswa ni semua pegi oversea. Kalo diorg takde, takleh buat meeting. Aku tanya bila diorang balik, dia cakap dalam 18 Jun camtu. Pastu dia janji kat aku dia cuba tolong dengan kasik cepat meeting ni bila boss tu dah balik, tapi dia tak janji lah boleh dapat ke tak. So oklah, aku pun tunggu 18 Jun.
Pada 18 Jun, kakak aku baik hati dia lecturer MARA kat IKM. Orang cakap MARA ni kalo staff dia yang pergi uruskan diorang cam lebih baik hati dan peluang lebih tinggi. Bak kata orang Melayu, kalo "pakai kabel" senang sikit. Bila kakak aku jumpa si pegawai ni, dia cakap, eh, adik awak tak dapat surat ke. Dalam komputer saya tulis, kami dah hantar surat mengatakan permohonan dia ditolak, surat ni bertarikh 9 Jun 2008.
Bila kakak aku telepon aku cakap camtu, aku pun hairan, sebab kalo tak silap aku, aku jumpa dia 9 Jun 2008. Kata dia, boss dia pegi oversea, cepat betul boss dia balik dari oversea pada hari yang sama, terus meeting dan buat keputusan tentang permohonan aku tu…wah hebat! Inilah dikatakan CEKAP!!
Hahaha, tu jelah kekecewaan aku. Sekarang aku tengah dilema pasal nak ambik ke tak nak study loan dari agrobank. Loan ni, max RM100 000, cukup-cukup je untuk study tu dan sara hidup, takde lebih. Pastu bila aku habis study nanti kena bayar RM 1251 sebulan. Banyak tu, considering aku tak beli keta lagi, tak beli rumah lagi. Kalo aku dapat income biasa-biasa je after balik, sakit jugak nak bayar semula. Tapi, aku nak sangat study course ni, dan jugak apatah lagi dah dapat scholarship 25% tu (tahun lepas aku apply gak scholar tu tapi tak dpt). Aku rasa rugilah kalo aku lepaskan peluang ni…Hmmm dah beberapa minggu aku pening pikir hal ni. Hari ni da dah 21 Jun, lagi 3 minggu je masa untuk deadline aku bayar GBP 1000 tu….
Apa pendapat peribadi korang?

3 Responses to “Kecewa”
By wni on Jun 20, 2008 | Reply
huhu mmg sgt dilemma..ok slow2 k..course ni nnt bole bg advantage tuk bidang apa..so..dr situ o.d cuba la cari company yg mgkn mmg nk guna khidmat o.d nnt..kalo sempat mana tau diorang bole sponsor..mgkn ada cara lain tp wni pun x brapa pasti..tp mcm satu kerugian kalo x truskn sbb o.d mmg nk sgt n bkn senang nk dpt pluang ni…cuma itu la..cost dia la plak.. wani doakn o.d dpt jgk p sana n dpt apa yg o.d nk..insyaAllah there’s always a way.. kalau x dpt jgn sedih..percaya mesti ada hikmah di sebalik kejadian tu k..Always hope for the best..
By elyas on Jun 21, 2008 | Reply
Huh….susah jgk sbnrnya problem ni.. nk bg opinion pn takut..tp bagus la o.d ada matlamat yg nk dikejar..x sangka plk o.d nk ambik master…mesti o.d dh study betul2 course tu, uni kt UK tu, market lps o.d grad, whether o.d nk kerja guna qualification tu or self selling the skill… sbb apa yg kita buat skrang, or kita decide nk buat will determine apa yg kita akn jadi in the future..so apa yg penting sbnrnya apa yg o.d nak achieve dlm hidup o.d ..
kalau nk citer byk sbnrnya.. samada o.d sudi dgr ke tak.. well, opinion is just an opinion.. sometimes can be rubbish..
By Radziah on Jun 22, 2008 | Reply
wani, thanks for your opinion. sgt appreciate it. wani doakan untuk o.d eh…
elyas, mestilah o.d sudi dengar, rubbish tak rubbish nanti boleh tapis. anyway, ayat yg ni memang paling tepat “so apa yg penting sbnrnya apa yg o.d nak achieve dlm hidup o.d”…
kalau o.d sendiri tak tahu apa jawapannya, siapa-siapa pun tak boleh jawap untuk o.d kan?…huhuhu..
time kasih atas nasihat yang bernas