Cerita kelakar di kedai gambar


Written on December 3, 2008 – 3:11 am | by radziahradzi

Sabtu lepas, o.d dan kawan-kawan buat experimental studio shoot. Selama ni memang tak pernah nak print gambar. Maklumla dah era digital. Semua simpan dalam pc. (kalo pc kong dan tak backup = nangis). Tapi sebab model kali ni (Modee n Tapai)nak gunakan gambar diorang untuk print, o.d pun nak test print sebab nak tengok outcome dan minimum resolution yang paling berkualiti. so isnin hari tu, o.d pun pegi kedai gambar dekat area opis o.d di SS15, subang jaya ni. Kalau tak silap nama dia YS Photo.

o.d: Saya mau cuci 4R. Berapa sekeping?

pekerja kedai gambar: 60 sen

o.d: ok (bagi thumbdrive)

pekerja kedai gambar pun cucuk thumbdrive kat pc dia dan buka folder.

Inilah gambar modee yang nak di print tu

Inilah gambar modee yang nak di print tu

pekerja kedai gambar: ini tangkap studio ke?

o.d: ye

pekerja kedai gambar: oh, studio charge rm2.50

o.d: ha? kenapa?

pekerja kedai gambar: memang harga untuk print studio lain

o.d: aik? apasal pulak. saya nak test print je kenapa lain?

pekerja kedai gambar: pasal ini studio gambar haa, dia lain tau lighting semua, kita banyak mau adjust.

o.d: oooh, takpe2. ini saya ni mau test saja. bukan betul2 punye. u tak payah adjust apa-apa

pekerja kedai gambar: tak boleh, ini memang macam ini. kalau gambar studio memang kene bayar ini macam.

o.d: aik? apsal pulak. saya nak print biasa je, u pakai mesin yang print gambar biasa tak boleh ke.

pekerja kedai gambar: tak, tak, memang ini macam. mesin sama saja, kita masuk semua sekali sama.

o.d: ha, kalau mesin sama, apasal saya mau bayar lebih? sama je.

pekerja kedai gambar: memang ini macam.

o.d: eh, mana boleh. saya kena bayar lebih untuk apa. kertas lain ke? ink lain ke?

pekerja kedai gambar: tadak tadak, ink sama, kertas sama!

o.d: ha, kalau sama, kenapa lagi mahal? patut sama la bayar studio ke gambar biasa ke.

pekerja kedai gambar: haiya, u tak paham. studio itu lighting lain itu gambar biasa kita tangkap luar cahaya lain.

o.d: yelah, tu saya tahu la, tapi kalo u pakai mesin sama, ink sama, kertas sama, saya bayar lebih apa pasal? itu studio lighting saya yang bayar.

pekerja kedai gambar panggil boss dia.

pekerja kedai gambar: chersheshipushiscong ceng cong ceng (cakap mandarin)

boss kedai gambar: shishushashoshe con ceng cong ceng (cakap mandarin)

o.d dalam hati: (cakap la kantonis,senang sikit nak teka kau cakap apa)

boss pun datang kat o.d

boss kedai gambar: oh miss, ini kalau studio shoot memang kita caj rm2.50 untuk 4R

o.d: saya tau, tapi saya mau bayar, saya mesti mau tau saya bayar untuk apa. u punye staff ckp mesin sama, ink sama, kertas sama, so macam mana harga boleh lebih?

boss kedai gambar: oh, pasal kan, studio lighting dia lain kan. tak sama macam kita tangkap gambar kat luar.

o.d: ok, tapi print sama je kan?

boss kedai gambar: ya, tapi kita mau test print banyak kali. kadang2 ha, kita print studio punye satu kali dia keluar gelap semua. jadi kita mesti mau adjust2 dan print lagi. usually more than one time. itu kira rugi lor.

o.d: ooo jadi duit lebih tu untuk print banyak kali la?

boss kedai gambar: ya, ini macam la.

o.d: ha! itulah yang saya mau tau. saya mesti mau tau, saya bayar untuk apa servis. harga lebih untuk apa? ok, ini saya mau try saja. ini 3 gambar sama, tapi saya set resolution lain. saya mau print tengok apa macam dulu. u tak payah adjust2 la.

boss kedai gambar: oo, kalau ini macam, nanti kalau keluar sume hitam tau, macam ini tak apa ke?

o.d: tak apa, saya memang mau test saja, bukan mau ini gambar betul2. saya mau tengok resolution saja. so u kasi satu kali print saja. tak mau adjust.

boss kedai gambar: ok, betul ha? nanti gelap saya tak mau print lagi wo.

o.d: betul, tak apa.

boss kedai gambar: oklah ini macam. RM1.80

o.d: ok, bila boleh siap? sekarang boleh ka?

boss: kalau mau sekarang mesti bayar RM3

o.d: kalo biasa bila boleh siap?

boss: pukul 5

o.d: oklah pukul 5 saya ambik

O.d pun bayar dan pergi makan tengahari. Mengomel-ngomel di dalam hati akan kebingungan pekerja dia tak reti explain apasal kena bayar lebih. Tengah makan lunch tu teringat…

o.d: alamak tertinggal thumbdrive kat kedai gambar tadi.

so lepas lunch, pegi situ lagi, sebab dekat je ngan office o.d.

o.d: miss, tadi saya tinggal thumbdrive

pekerja kedai gambar: oh ye. ada dalam itu (sambil menunjuk sampul gambar atas kaunter bayar)

seorang pekerja lelaki lain tolong ambilkan. masa dia nak keluarkan thumbdrive o.d tgk dalam tu ade gambar modee yg o.d nak print tu.

o.d: eh ini sudah siap print, saya angkat sekarang la. tak payah saya datang lagi.

pekerja kedai gambar yang lelaki angkat mata kat pekerja pompuan dia dan muka blur2

pekerja kedai gambar pompuan yang awal-awal tadi: sheshishushe shi cong ceng (cakap mandarin)

boss kedai gambar: sheshe pushecetau cong ceng cong ceng

boss datang kat od.

boss kedai gambar: erm, ini ambil cepat kita selalu caj RM3.

o.d: tapi ni tadi saya nak ambil pukul 5 tapi dah siap, saya ambil la sekarang.

boss kedai gambar: ini pasal kita sedang tak ada customer kan, jadi tak ade kerja, kita boleh print dulu la. biasa kalau nak cepat biasa memang kita caj punye.

o.d: jadi kalau saya nak ambil sekarang, kena bayar RM3 la?

boss kedai gambar: ya (senyum)

o.d: ok, takpelah saya datang ambil pukul 5 (ketawa)

boss: (ketawa) oklah

O.d pun blah sambil ketawa dalam hati. haih, macam ni pun boleh. Diorang nak cakap o.d kedekut ke Haji Bakhil ke, sukati diorang la.

Malas nak elaborate panjang-panjang lagi. tapi point o.d ialah:

AS A CUSTOMER PAY ONLY FOR THE SERVICE YOU WANT!

Sebelum ni od tak pernah tahu yang kalo gambar tangkap studio kene bayar lain. memang macam tu ke? sesiapa pakar boleh tolong enlighten kan o.d?

macam adjust2 kaler tu, pada pendapat o.d, o.d dah buat dalam photoshop, o.d tak rasa kedai gambar nak kena adjust2 lagi. kalo tergelap ke apa, salah o.d sebab edit tak betul. so betulkan balik dalam photoshop dan print lagi -ATAS JUDGEMENT SENDIRI (mana kedai gambar tau kot2 kita mmg nak gambar kita gelap ke)

pasal ambik awal atau lambat tu, dia tak susah apa pun, dia yang nak choose nak print dulu, tak ada beza dari segi khidmat yang dia buat kan? so, RM3? Memang betul macam dia cakap, kalau mase tu ade customer lain punye gambar, tiba2 kita nak cepat, potong queue orang lain, kene bayar RM3..tu oklah, sbb dia terpaksa cepat2 buat kita punye dan hold orang lain punye. tapi macam kes ni? dia takde susah apa pun??!

HAIH, MACAM NI PUN ADA? HAHAHAHAHA!



  1. 3 Responses to “Cerita kelakar di kedai gambar”

  2.   By fandi on Dec 3, 2008 | Reply

    memang nak kena sesah org kedai tu. hahaha

  3.   By radziah on Dec 4, 2008 | Reply

    ha’a mmg. err, actually sesah tu mende? hahaha

  4.   By meonjing on Jan 15, 2009 | Reply

    od, sebab saya kenal pro photographer, maka saya rasa ini cina tipu you.

    1st - apehal lak mahal gambar studio. kitorang print studio ke, outdoor ke, lighting, edit, kaler ape sume tak penting tu. yes mesin dia leh ejas lighting sket, n most prob bukan ejas fill pun. tapi gambar studio lighting dah set, tak masuk akal la kuar hitam sume. patut apa yg masuk camtu la kuar. kalau hitam, salah dia la. asal nak caj kita lak. plus kitorang sebab photographer, sebulan 10-20 album antar cuci dapat murah lagi ade la od. 4r dapat bawah limeplosen. siap ade border lagi. so nanti od nak cuci antar je kat kite.. =p

    2nd - yg caj sebab amik awal tu bodo gile. jgn layan od. kalau boleh siap cepat asal nak caj lak. soh hai.

    oh lagi satu. lighting od pakai satu je eh? alang2 wat studio. kena main fill. kalau tak nanti detail kat shadow tu ilang… ok od.. babai..

You must be logged in to post a comment.